PERKAYA 19
“I
"Inspiring TVET Generation through Research, Design, Innovation and Commercialization”
MAKLUMAT PROGRAM PERKAYA INOVASI PMM KALI KE – 19
TARIKH PROGRAM
Penyertaan : 21 Disember 2021 – 28 Disember 2021
Penjurian Video Pendek dan E-Poster: 22 Disember 2021 – 29 Disember 2021
Pameran : 30 Disember 2021
MAJLIS PENUTUP
Tarikh : 30 Disember 2021
Masa : 3.00 petang
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Platinum, Politeknik Merlimau
ANJURAN
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial (UPIK), Politeknik Merlimau.
KATEGORI & ANUGERAH PERTANDINGAN
Penilaian projek akhir pelajar akan dinilai melalui dua (2) kaedah:
penghasilan video pendek dan e-poster
pameran secara bersemuka
Hasil video pendek dan e-poster infografik projek akhir pelajar yang telah dikenalpasti dan boleh diketengahkan di peringkat Jabatan adalah mengikut TIGA (3) kategori utama iaitu
Penyelidikan
Inovasi
Rekabentuk.
PERKAYA INOVASI PMM KALI KE-19 mengklasifikasi pemenang mengikut kriteria yang telah ditetapkan dalam borang panel penilai.
Kategori pencapaian dibahagikan kepada anugerah emas, perak dan gangsa berdasarkan kepada julat markah yang diperolehi.
Terdapat LIMA (5) anugerah utama pertandingan iaitu:
Anugerah Projek Terbaik Khas Kategori Sains Fizikal
Anugerah Projek Terbaik Khas Kategori Sains Sosial
Anugerah Khas Juri
Anugerah Video Suntingan Terbaik
Anugerah E-Poster Infografik Terbaik
Pameran Terbaik
Penilaian video pendek adalah berdasarkan 70 % projek (penyelidikan/ inovasi/ rekabentuk) dan 30% video untuk setiap kategori.
Manakala penilaian e-poster infografik adalah berdasarkan 60% kandungan poster, 30% reka bentuk dan 10% kreativiti.
Pameran projek dinilai mengikut kreativiti (75%), penyampaian projek (15%) dan hospitaliti (10%).
SYARAT PERTANDINGAN
A. SYARAT PERTANDINGAN PERKAYA-19 SHORT VIDEO
Setiap kumpulan projek akhir pelajar dikehendaki menghantar satu (1) video pendek.
Video dalam BAHASA INGGERIS sahaja.
Durasi video mestilah tidak melebihi dua (2) minit.
Video mestilah berbentuk dokumentari/ lakonan/ sketsa atau demo. Video berbentuk slaid bergambar TIDAK DITERIMA.
Isi kandungan video haruslah:
Dimulakan dengan montaj PERKAYA – 19. Muat turun montaj video [Di SINI].
Pengenalan diri pelajar.
Tajuk projek (penyelidikan/ inovasi/ rekabentuk).
Info berkaitan projek yang dihasilkan.
6. Video mestilah hasil idea asli pelajar sendiri dan bukan suntingan mana-mana sumber. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya bahan video diambil tanpa kebenaran pihak tertentu.
7. Video yang dimuatnaik ke Youtube adalah dalam format. MP4
8. Tanda pagar #PERKAYA19SHORTVIDEO dan #politeknikmerlimau mestilah disertakan pada kapsyen video tersebut.
9. Tarikh akhir memuatnaik video adalah pada 29 Disember 2021 (11.59 mlm).
10. Keputusan Panel Juri adalah MUKTAMAD.
B. SYARAT PERTANDINGAN E-POSTER INFOGRAFIK PERKAYA-19
Setiap kumpulan projek akhir pelajar dikehendaki menghantar satu (1) E-Poster infografik.
E-Poster infografik bersaiz A4 dan berorientasi portrait.
E-Poster infografik dalam BAHASA INGGERIS sahaja.
Kandungan yang wajib ada dalam E-Poster infografik adalah:
Logo Politeknik Merlimau.
Nama dan nombor kad pengenalan pelajar.
Nama penyelia.
Tajuk projek (penyelidikan/ inovasi/ rekabentuk).
Nombor pendaftaran harta intelek.
Abstrak.
Penyataan masalah.
Objektif kajian.
Ringkasan projek.
Kepentingan projek.
Potensi pasaran dan keusahawanan.
Gambar/ lukisan projek.
5. E-Poster infografik dalam format PDF sahaja.
6. E-Poster infografik adalah mengikut kreativiti, idea asli pelajar sendiri dan tiada unsur plagiat dari mana-mana lukisan poster.
7. Tarikh akhir menghantar E-Poster adalah pada 29 Disember 2021 (11.59 mlm).
8. Keputusan Panel Juri adalah MUKTAMAD.
SYARAT PERTANDINGAN PAMERAN SECARA BERSEMUKA PROJEK PERKAYA-19
Setiap kumpulan projek akhir pelajar dikehendaki mempamerkan hasil projek akhir masing-masing semasa hari PERKAYA-19 berlangsung.
Setiap kumpulan akan dinilai secara bersemuka oleh Panel Juri semasa PERKAYA-19.
Pameran projek dinilai mengikut kreativiti, penyampaian projek dan hospitaliti.
Keputusan Panel Juri adalah MUKTAMAD.