PENULISAN (PENERBITAN)
1.1 Pengenalan
Penulisan merujuk kepada kemahiran menyusun perkataan secara deskripsi dalam menyampaikan idea agar idea tersebut mampu difahami oleh pembaca. Ia merupakan kerja kreatif dan sistematik yang dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan terhadap pelbagai bidang. Setiap penulisan ada struktur-strukturnya yang tersendiri berdasarkan kepada objektif karya itu diterbitkan. Oleh itu, penulis perlu dapat membezakan bentuk dan jenis penulisan; iaitu antara penulisan umum (karya kreatif) dan penulisan khusus.
1.2 Jenis Penulisan
1.3 Struktur Penulisan Khusus
Secara amnya, struktur penulisan khusus terdiri daripada tiga bahagian utama; pendahuluan, isi (pembahasan) dan penutup. Dalam setiap bahagian, penulis perlu mengolah ayat berdasarkan keutamaan idea dan perlu disokong dengan contoh atau fakta. Namun begitu, sesetengah kategori penulisan khusus mempunyai format dan struktur penulisannya tersendiri yang perlu dipatuhi.
Bagi penulisan yang tidak mempunyai struktur dan format khusus, setiap bahagian perlu mempunyai perkara berikut :
i. Pendahuluan
Penulis perlu memulakan pendahuluan penulisan dengan menarik minat (attention) pembaca untuk membaca di mana minat tersebut boleh diarahkan dengan menulis berkenaan titik fokus. Sebagai contoh, penulis boleh memulakan bahagian pendahuluan dengan ayat berbentuk hujah seperti : Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai peratus penduduk kategori obesiti yang tinggi. Oleh itu, rakyat Malaysia disarankan menambahkan aktiviti senaman dalam rutin pagi harian mereka kerana ia bukan hanya menjaga berat badan secara sihat tetapi juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
ii. Isi (perbahasan)
Pada bahagian ini, penulis akan membentangkan fakta dan penemuan berkaitan dengan tajuk dan fokus penulisan. Fakta akan ditulis bersama penerangan kerana ia akan memberi keyakinan (confidence) kepada pembaca untuk terus membaca. Penerangan fakta hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan. Satu perenggan mewakili satu fakta yang dibina menggunakan ayat-ayat bagi menyokong pernyataan. Setiap kali ada fakta baru, mulakan perenggan baru.
iii. Penutup
Penutup merupakan kesimpulan kepada penulisan. Penulis boleh menulis kesimpulan melalui imbasan semula bahagian pengenalan, meringkaskan fakta dengan merujuk semula tajuk utama atau memberi komen dan cadangan umum mengenai perkara utama yang dinyatakan.
2.0 STRUKTUR DAN FORMAT PENULISAN KHUSUS
Jadual 1.1 menunjukkan struktur penulisan khusus mengikut kategori yang perlu dihasilkan oleh penulis untuk memaparkan bahawa penulisan telah dijalankan secara bersistematik dan lengkap.
3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI PENULISAN
Budaya penulisan di Politeknik Merlimau perlu melalui proses pelaksanaan yang berikut. Ia mempunyai beberapa peringkat pelaksanaan iaitu :
Peringkat 1 : Notifikasi pemberitahuan tentang membuat karya penulisan.
Peringkat 2 : Menghantar manuskrip penulisan untuk semakan reviewer (penulisan akademik) atau editor (buku atau modul) sekiranya belum dibuat semakan oleh penerbit atau penganjur Jurnal dan Seminar.
Peringkat 3 : Melengkapkan dokumentasi UPIK.
Setelah melalui kesemua proses ini, terdapat satu output yang boleh diperolehi oleh penulis iaitu :
Sijil penghargaan pencapaian KPI penulisan yang diterbitkan sekiranya hasil penulisan ialah penulisan yang memenuhi struktur penulisan laporan penyelidikan, jurnal atau prosiding.
Sijil penghargaan sebagai penulis jika karya yang dihasilkan bukan penulisan penyelidikan.