Reka bentuk perindustrian

Reka bentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata. Suatu reka bentuk perindustrian berdaftar adalah diberi perlindungan selama 5 tahun dari tarikh pemfailan. Perlindungan boleh dilanjutkan selama 4 tempoh di mana setiap tempoh perlindungan selama 5 tahun. Ini bermakna tempoh maksimum perlindungan ialah selama 25 tahun.


Pemohon yang layak ialah:

  • Pencipta asal reka bentuk perindustrian.

  • Permohonan boleh dibuat samada orang perseorangan ataupun oleh sebuah syarikat.

  • Sekiranya pemohon bukan pencipta, pernyataaan yang mewajarkan hak pemohon keatas pendaftaran (statement justifying applicant’s right) perlu dikemukakan semasa pemfailan permohonan.


Reka Bentuk Perindustrian Yang Boleh Didaftarkan

  • Memenuhi tafsiran reka bentuk perindustrian.

  • Baru di Malaysia atau di tempat lain.

  • Tidak bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral.


Reka Bentuk Perindustrian Yang Tidak Boleh Didaftarkan

  • Kaedah atau prinsip pembinaan.aru di Malaysia atau di tempat lain.

  • Ciri yang bergantung kepada rupa suatu barangan lain.

  • Perbezaan daripada segi butir-butir tidak material (tidak penting) atau ciri-ciri biasa yang digunakan dalam suatu perdagangan.

  • Ciri yang ditentukan semata-mata oleh fungsi.