Reka bentuk susun atur litar bersepadu

Rekabentuk susun atur litar bersepadu adalah suatu susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang mengandungi sebahagian atau semua unsur-unsur hubungan litar bersepadu atau keseluruhan susunan tiga dimensi disediakan untuk tujuan persediaan bagi proses perkilangan.Reka bentuk susun atur litar bersepadu adalah layak untuk mendapat perlindungan secara automatik jika syarat-syarat berikut dipenuhi :


  • Ianya mestilah asli iaitu adalah hasil usaha intelek pencipta itu sendiri

  • Ianya telah di ekspresi dalam bentuk bahan atau digabungkan dalam suatu litar bersepadu

  • pemegang hak reka bentuk susun atur itu adalah orang yang layak


Pemegang Hak Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu

      • Pencipta;

      • Orang yang menempah sesuatu reka bentuk susun atur melalui kontrak perkhidmatan

      • Majikan – jika karya reka bentuk susun atur itu dicipta oleh pekerja dalam tugasan pekerjaannya.


Hak Pemegang Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu

  • Membenarkan sebarang pengeluaran semula reka bentuk susun atur litar bersepadu

  • Membenarkan sebarang pengkomersilan eksploitasi terhadap

      • reka bentuk susun atur bersepadu

      • gabungan reka bentuk susunatur litar bersepadu

      • unsur-unsur yang mengandungi reka bentuk susun atur litar bersepadu yang digabungkan dalam apa-apa jua bentuk bahan