Inovasi

1.0 PENGENALAN

Perkataan inovasi berasal dari perkataan Latin iaitu innovation yang bermaksud pembaharuan dan perubahan. Inovasi merupakan kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Inovasi adalah proses menghasilkan sesuatu produk yang mempraktikan idea kreatif. Inovasi bertujuan menambah nilai kepada idea yang dihasilkan dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya adalah idea semata-mata (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010). Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk pengenalan teknologi baharu, perubahan dalam sistem penyampaian dan perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti. Jika dilihat masa kini bidang pendidikan juga menimbulkan inovasi baru dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran, perkembangan teknologi pengajaran, perkembangan persekitaran pembelajaran, reka bentuk sumber dan penaksiran pembelajaran ( Noriati et all, 2010).


Sebuah idea atau teori hanya boleh digolongkan ke dalam sebuah inovasi jika :


  • Memiliki ciri-ciri khas : Inovasi harus memiliki ciri khas sendiri yang tidak dimiliki atau sudah ada sebelumnya. Tanpa ciri khas yang spesifik, sebuah idea tidak dikatakan sebagai sebuah inovasi baru.

  • Merupakan idea baru : setiap inovasi haruslah merupakan idea atau pendekatan baru yang belum dihasilkan atau diterbitkan sebelum ini.

  • Dilakukan secara terancang : sebuah inovasi perlu dibuat dengan terancang bagi mengembangkan proses-proses dan objektif-objektif tertentu. Dengan kata lain, setiap inovasi yang dihasilkan adalah aktiviti yang sudah dirancang pada mula.

  • Memiliki tujuan : inovasi yang dihasilkan memiliki tujuan tertentu seperti untuk menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan.


Maka disimpulkan bahawa inovasi adalah penghasilan baru, proses penyusunan semula, menggunakan unsur sedia ada dan penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai.

1.2 Terminologi

Jadual 1.1 menunjukkan terminologi yang biasa digunakan dalam aktiviti inovasi.

1.3 Jenis-jenis Inovasi

Jadual 1.2 menunjukkan jenis-jenis inovasi dan ringkasan definisi bagi setiap inovasi tersebut.

1.4 Proses Inovasi

Proses inovasi merupakan satu aktiviti bermula dari satu idea kepada usaha yang mempunyai nilai komersial berdasarkan :


  • Sumber yang sedia ada

  • Menilai strategi inovasi

  • Menilai persekitaran teknologi

  • Menilai struktur dan budaya organisasi


Dalam budaya inovasi di Politeknik Merlimau, proses inovasi perlu melalui fasa yang berikut :


  1. Pertandingan PERKAYA Inovasi PMM

  2. Mengkategorikan produk inovasi

  3. Mengenalpasti produk berpotensi untuk produk dipertandingkan melalui program PERKAYA / produk inovasi bukan daripada pertandingan PERKAYA

  4. Membuat penilaian dan pemilihan terhadap produk melalui program PERKAYA / produk inovasi bukan daripada program PERKAYA

  5. Membuat penilaian impak dan potensi produk yang dipertandingkan.

  6. Mengenalpasti pertandingan inovasi anjuran pihak luar yang berimpak untuk disertai

  7. Laporan penyertaan pertandingan

  8. Sijil penghargaan akan dikeluarkan sekiranya produk tersebut telah diaplikasikan dan berkolaborasi bersama agensi luar.

1.5 Pelaksanaan Inovasi

Rajah 1 menunjukkan proses pelaksanaan aktiviti inovasi yang dijalankan di Politeknik Merlimau. Proses pelaksanaan aktiviti inovasi ini mempunyai 2 peringkat iaitu


  • Peringkat 1 : Sebelum pertandingan inovasi,

  • Peringkat 2 : Selepas pertandingan inovasi.