KIK Horizon baharu

1.0 PENGENALAN

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatankepada rakyat. Di samping itu, KIK juga mempunyai prinsip asas yang mengiktiraf pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.


Evolusi KIK bermula dengan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK), KIK dan KIK Horizon Baharu (HB) seperti mana rajah di bawah;

Definisi Kreativiti


Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:

  • Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik

  • Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian

  • Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi


Objektif KIK


Objektif KIK adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui:

  • Keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi

  • Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja

  • Semangat bekerja secara berpasukan

  • Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif

  • Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja

  • Dorongan kerja yang tinggi

  • Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan,organisasi dan negara

  • Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif

  • Pewujudan hubungan yang harmorni di antara pihak pengurusan dan pekerja


Faedah Kepada Organisasi


  • Memperkenalkan sistem dan cara kerja baru

  • Menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai (value creation)

  • Memperbaiki sistem, proses dan cara kerja

  • Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan

  • Memupuk kerjasama di kalangan warga organisasi

  • Meningkatkan daya saing organisasi

  • Membolehkan organisasi menghasilkan satu sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan

2.0 LATAR BELAKANG KIK

Kerangka pembudayaan dan pemerkasaan inovasi dalam sektor awam dengan KIKHB boleh dibahagi kepada tiga bahagian seperti dalam rajah di bawah;

  • Penghasilan Projek (Fasa 1)

  • Pengiktirafan (Fasa 2)

  • Pengembangan Projek (Fasa 3)

3.0 FASA 1 : PENGHASILAN PROJEK

Bidang inovasi dalam KIK, kategori inovasi dan tahap keberhasilan boleh dicapai sepertimana di dalam rajah di bawah;

A. Bidang Inovasi Dalam KIK (INOVASI SOSIAL)


Ciri-ciri inovasi sosial:

  • Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

  • Jalinan rangkaian yang menggalakkan kerjasama dan kolaborasi merentasi pelbagai sektor termasuk agensi awam, pihak swasta dan individu-individu dalam masyarakat.

  • Pembangunan inisiatif baharu oleh agensi Kerajaan bersama-sama rakyat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang menepati keperluan sebenar mereka.

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.


Inovasi Penyampaian Perkhidmatan


Ciri-ciri inovasi sosial (Penyampaian Perkhidmatan):

  • Memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan.

  • Meningkatkan kecekapan dan mengoptima kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan sumber manusia.

  • Memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu atau memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesa.

  • Memanfaatkan keupayaan teknologi terkini.

4.0 FASA 2 : PENGIKTIRAFAN

5.0 FASA 3 : PENGEMBANGAN PROJEK