Key Performance Index

UPIK PMM mensasarkan 2 pencapaian KPI di peringkat JPPKK dan PMM. Mencapai KPI ini sejajar dengan perancangan Pelan Strategik di peringkat Politeknik dan Kolej Komuniti. Merupakan Teras Strategik yang ke 6 dalam Pelan Strategik, pembudayaan penyelidikan gunaan dan inovasi ditetapkan agar visi dan misi perancangan untuk menjadikan politeknik dan kolej komuniti sebagai peneraju TVET yang unggul dapat dicapai. Untuk mencapai visi ini, empat misi telah dirangka iaitu:


  • Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf

  • Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat

  • Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang

  • Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan

SENARAI PERNYATAAN KPI

KPI 21: Bilangan kertas penyelidikan TVET yang diterbitkan

Penerbitan kertas penyelidikan mensasarkan 25 kertas pembentangan yang diterbitkan. Kertas penyelidikan ini adalah kertas lengkap yang disediakan oleh pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti pada tahun semasa yang diterbitkan samada di dalam digest / jurnal / buku / prosiding pada peringkat zon / kebangsaan / antarabangsa. Sebagai bukti, dokumen sokongan berikut diperlukan:

  • Kertas penyelidikan penuh tahun semasa; dan

  • Muka depan dan maklumat kertas penyelidikan yang diterbitkan dalam digest / jurnal / buku / prosiding tahun semasa.


KPI 22: Bilangan produk inovasi yang diaplikasi / solution provider pada tahun semasa

Sasaran pencapaian produk inovasi yang diaplikasi / solution provider yang diperlukan untuk KPI ini hanyalah satu untuk tahun semasa. Pengukuran yang dinilai adalah berdasarkan kepada penghasilan produk yang boleh diaplikasi / solution provider oleh KPM / institusi / agensi / jabatan / komuniti pada tahun semasa. Sehubungan dengan itu, dokumen berikut diperlukan sebagai bukti :

  • Bukti surat akuan / tawaran daripada KPM / institusi / industri / agensi / jabatan / komuniti berkaitan produk inovasi yang diaplikasi / solution provider pada tahun semasa; dan

  • Notis / resit / surat perlindungan harta intelek (hak cipta / paten / pembaharuan utiliti / rekabentuk perindustrian / cap dagangan / intergrated circuit).