PROSEDUR PENYELIDIKAN

PROSEDUR MENJALANKAN PENYELIDIKAN DI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA

Surat edaran KPT.JPP.PPPP 700-1 Jld 30 (15) bertarikh 28 April 2021

1.0 Tujuan


Prosedur ini bertujuan memberi panduan kepada pengkaji berkenaan proses memohon kelulusan bagi menjalankan penyelidikan di Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Semua proses wajib dipatuhi oleh semua pengkaji sebelum menjalankan sebarang penyelidikan.


2.0 Skop


Prosedur ini melibatkan 5 kategori pengkaji (rujuk carta alir di bawah) :

  • A) Pengkaji dan responden daripada Politeknik dan Kolej Komuniti yang sama;

  • B) Pengkaji daripada Politeknik dan Kolej Komuniti dan responden daripada institusi/ agensi luar;

  • C) Pengkaji dan responden daripada Politeknik dan Kolej Komuniti yang berbeza;

  • D) Pengkaji daripada institusi/ agensi luar dan responden daripada Politeknik dan Kolej Komuniti;

  • E) Pengkaji merupakan pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti yang sedang menyambung pengajian.


3.0 Terma


Penyelidikan yang ingin dijalankan tertakluk kepada prosedur kelulusan yang telah ditetapkan. Sebarang ketidakpatuhan dianggap telah menyalahi etika penyelidikan.

CARTA ALIR (MENGIKUT KATEGORI PENGKAJI)