HARTA INTELEK

1.0 PENGENALAN

Harta intelek (bahasa Inggeris: intellectual property atau IP) merupakan istilah yang merujuk kepada beberapa jenis ciptaan fikiran berlainan di mana hak eksklusifnya diakui di bawah bidang undang-undang berkait. Di bawah undang-undang harta intelektual, pemilik diberikan hak eksklusif tertentu bagi pelbagai aset tidak nyata seperti muzik, penulisan dan karya seni; penemuan dan ciptaan; perkataan dan frasa, simbol dan reka bentuk. Jenis biasa hak harta intelektual termasuk hak cipta, tanda dagang, paten, hak reka bentuk dagangan dan rahsia perdagangan dalam sesetengah perundangan. Harta intelek dalam bidang undang-undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.

2.0 PROSES PENGURUSAN HARTA INTELEK

Carta Alir Proses Pengurusan Harta Intelek