UPIK PMM mensasarkan 2 pencapaian KPI di peringkat JPPKK dan PMM. Mencapai KPI ini sejajar dengan perancangan Pelan Strategik di peringkat Politeknik dan Kolej Komuniti. Merupakan Teras Strategik yang ke 6 dalam Pelan Strategik, pembudayaan penyelidikan gunaan dan inovasi ditetapkan agar visi dan misi perancangan untuk menjadikan politeknik dan kolej komuniti sebagai peneraju TVET yang unggul dapat dicapai. Untuk mencapai visi ini, empat misi telah dirangka iaitu:
Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf
Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat
Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang
Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan