Pengenalan
FUNGSI DAN PERKHIDMATAN
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersil (UPIK) diwujudkan dalam sistem Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi bertujuan memperkasa dan membudayakan penyelidikan di Politeknik. UPIK memainkan peranan penting sebagai pusat penyelarasan aktiviti penyelidikan, inovasi dan komersial dalam kalangan pensyarah dan stafnya. UPIK juga berperanan menjadi pusat pengumpulan dan rujukan bahan penulisan ilmiah, bahan inovasi dan bahan penyelidikan peringkat institusi, zon, kebangsaan dan antarabangsa.