CAP DAGANGAN

Cap Dagangan ertinya apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan perusahaan yang lain, Tanda termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, lable, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungannya. Cap Kolektif adalah suatu tanda yang menunjukkan barang-barang atau perkhidmatan anggota persatuan yang merupakan tuan punya cap kolektif daripada perusahaan yang lain. Cap perakuan adalah suatu tanda yang membezakan barang-barang atau perkhidmatan dengan tanda itu hendaklah digunakan adalah diperaku oleh tuan punya cap perakuan berkenaan dengan tempat asal, bahan, cara pengilangan barang-barang atau pelaksanaan perkhidmatan, kualiti, ketepatan atau ciri-ciri lain.

 


Tempoh perlindungan bagi pendaftaran cap dagangan adalah sah selama sepuluh (10) tahun dari tarikh pendaftaran dan perlu diperbaharui setiap 10 tahun. Permohonan dalam berbilang kelas ialah suatu permohonan tunggal yang menyenaraikan barang-barang atau perkhidmatan yang sergolong dalam beberapa kelas pengelasan. Permohonan bagi pembahagian ialah suatu permohonan bagi pendaftaran cap dagangan atau pendaftaran cap dagangan boleh, atas permintaan pemohon atau tuan punya berdaftar, dibahagikan kepada dua atau lebih permohonan yang berasingan bagi pendaftaran atau pendaftaran cap dagangan. Permohonan bagi penggabungan ialah dua atau lebih permohonan yang berasingan bagi pendaftaran cap dagangan atau pendaftaran cap dagangan boleh, atas permintaan pemohon atau tuan punya berdaftar, digabungkan menjadi satu permohonan bagi pendaftaran atau pendaftaran cap dagangan.


 

Larangan Mengenai Pendaftaran


 

Fungsi Cap Dagangan


 

Kepentingan Pendaftaran Cap Dagangan

Keistimewaan pendaftaran harta intelektual didalam cap dagangan adalah melalui penggunaan dalam urusan perniagaan dan disediakan untuk: