Perkaya Inovasi ke 22

PERKAYA INOVASI KE 24  |  PERKAYA INOVASI KE 23  |  PERKAYA INOVASI KE 22  

PERKAYA INOVASI PMM KE 22
29 NOV 2022

PERKAYA INOVASI KE-22 MEDAN PARA PELAJAR PMM PAMER BAKAT, KREATIVITI DAN INOVASI

Berpegang kepada motto “Inspiring TVET Generation through Research, Design, Innovation and Commercialization”, PERKAYA inovasi terus mengorak langkah dalam memperkasa dan membudayakan penyelidikan di Politeknik

PERKAYA inovasi kali ini mengetengahkan 60 projek pelajar tahun akhir yang terdiri daripada 5 Jabatan Induk di PMM.
Bagi edisi kali ini, Dua(2) Anugerah Khas turut dipertandingkan. Bagi Anugerah Khas Sains Fizikal bagi kategori Inovasi, dimenangi oleh Pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan  iaitu Fatin Nurainna Bt Mohd Raziff, Ummi Zakirah Bt Bidin, Nurin Karmila Bt Mohd Fakhul dan Hawa Delaila Bt Abd Rashid serta Pensyarah penyelia Puan Ruhana Wati Binti Iran dengan tajuk projek “D'ME APPLICATION: A COMMUNICATION AIDS TO MUTE AND DEAF TOURIST” aplikasi bantuan komunikasi kepada mereka yang pekak dan bisu.

Bagi Anugerah Khas Sains Sosial kategori Penyelidikan pula, projek “ASSESSMENT OF SUGAR ADDICTION AMONG JPH STUDENT” berjaya memikat hati juri seterusnya dinobatkan sebagai pemenang pingat emas, projek ini dihasilkan oleh Pelajar Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal iaitu Ezzati Bt Mohammad Shukor, Nur Alya Imanina Bt Dzulkifli, dan Nur Atikah Bt Yusli serta diselia oleh Ybrs Ts Hamidah Noor Bt Md Yusoh.