PERKAYA INOVASI
HARI INOVASI JABATAN
Inovasi dan penyelidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan pendidikan sesebuah negara. Ini kerana, ia merupakan satu idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Inovasi dan penyelidikan juga, merupakan konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan produktiviti bagi sesebuah organisasi. Jika ditinjau dalam sistem pendidikan di Malaysia terdapat banyak inovasi dan penyelidikan yang telah disebarkan atau dilaksanakan oleh pihak-pihak yang tertentu. Namun sejauh manakah peranan inovasi dan penyelidikan tersebut boleh mempengaruhi sistem pendidikan negara kita.
Di samping itu, program ini mampu menampilkan personaliti pelajar dalam mewujudkan elemen kompetensi keusahawanan dalam diri mereka. Program ini juga membantu para pelajar membina jati diri serta ketahanan mental dan emosi terhadap cabaran masa hadapan. Pendekatan seperti ini secara tidak langsung membantu menghasilkan pelajar yang memiliki kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh industri.
OBJEKTIF PROGRAM
Mempertingkatkan penguasaan terhadap domain hasil pembelajaran seperti kemahiran berkomunikasi dan kaedah menyelesaikan masalah, pengurusan keusahawanan serta kepimpinan dan kerja berpasukan.
Menyedarkan pelajar akan kepentingan inovasi dan penyelidikan pada masa kini dan akan datang seterusnya melahirkan pelajar yang mampu berdikari dalam proses persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif.
Melahirkan pelajar yang dinamik dari segi pencapaian akademik serta proaktif sejajar dengan perkembangan industri semasa.
Menyokong aspirasi pihak politeknik dalam memastikan visi dan misi mampu dicapai pada tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu Melahirkan pelajar yang berkualiti dengan kemahiran menggunakan berbagai teknik dan strategi pembelajaran dalam memenuhi kebolehpasaran kerja.
PERKAYA INOVASI
PERKAYA adalah satu platform penghasilan projek akhir merupakan syarat bagi melayakkan pelajar layak di anugerahkan diploma di Politeknik. Setiap pelajar semester akhir bagi setiap program dikehendaki membuat dan membentangkan projek akhir masing-masing secara berkumpulan atau berseorangan di bawah seliaan pensyarah yang dilantik. Peringkat awal tapisan kualiti hasil produk dibuat di jabatan masing-masing dimana hari inovasi jabatan induk diadakan . Panel yang dilantik adalah merujuk kepada bidang di jabatan masing-masing. Hasil daripada penilaian tersebut, 12 penyertaan bagi setiap jabatan induk yang berkualiti dan berjaya meraih anugerah emas adalah layak dipertandingkan ke peringkat Politeknik Merlimau. Jumlah keseluruhan produk dan penyelidikan yang akan di pertandingkan adalah sebanyak 60 penyertaan.
OBJEKTIF PROGRAM
Menyediakan atau menyampaikan satu pembentangan lisan projek, dalam kumpulan atau secara individu, termasuk satu laporan muktamad yang ditulis dalam satu format yang standard dengan data teknikal bergantung kepada pelaksanaan projek.
Menyediakan prototaip projek atau pembangunan program yang bersesuaian dengan antaramuka projek yang dijalankan.
Mempamerkan kesedaran unsur-unsur keusahawanan dalam projek yang dihasilkan.
Dapat memenuhi Programme Learning Outcomes (PLO) yang meliputi aspek komunikasi, keusahawanan , kepimpinan dan kerjasama(teamwork).