Perkaya Inovasi ke 24

PERKAYA INOVASI KE 24  |  PERKAYA INOVASI KE 23  |  PERKAYA INOVASI KE 22  

KEPUTUSAN PERKAYA INOVASI PMM KE 24 :
1. ANUGERAH SAINS FIZIKAL TERBAIK
MUHAMMAD RADHI BIN ZAINAL ( 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐄𝐥𝐞𝐤𝐭𝐫𝐢𝐤)
Penyelia : Pn. Maizun binti Jamil
Tajuk Projek : “IoT ELECTRICITY ENERGY METER MONITORING USING ESP32”

2. ANUGERAH SAINS SOSIAL TERBAIK
WAN MUHAMMAD HAFIY BIN WAN SHAMSUDIN (𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 Perdagangan)
Penyelia : Pn.Hafizah binti Othman
Tajuk Projek : TWENTY FIFTH BARBERSHOP : PRAKARSA MEMBANGUNKAN PERKHIDMATAN JANJI TEMU DALAM TALIAN

Untuk keputusan penuh disini >> Keputusan Perkaya Inovasi PMM  

P𝐄𝐑𝐊𝐀𝐘𝐀 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄-𝟐𝟒 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍  𝟔𝟎 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟒𝟗𝟗 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟒 

Perkaya Inovasi kali ini mempertandingkan sebanyak 60 projek pelajar tahun akhir yang terdiri daripada 5 jabatan induk di PMM yang telah disaring daripada 499 projek inovasi peringkat jabatan. 

Bagi edisi kali ini, dua(2) anugerah utama telah dipertandingkan. Bagi Anugerah Sains Fizikal,  ia disandang oleh Saudara Muhammad Radhi bin Zainal, pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik di bawah seliaan Pn. Maizun binti Jamil dengan tajuk projek “IoT Electricity Energy Meter Monitoring using ESP32” yang juga turut memenangi Anugerah Pembentang Terbaik bagi kategori inovasi dan penciptaan.

Manakala bagi kategori utama yang seterusnya ialah Anugerah Sains Sosial Terbaik disandang oleh Wan Muhammad Hafiy bin Wan Shamsudin, Syed Fadhli Ikram bin Syed Anuar, Muhammad Daniel bin Mohammed Jani, Muhammad Syazzuan bin Muhamad Esa dengan tajuk “Twenty Fifth Barbershop : Prakarsa Membangunkan Perkhidmatan Janji Temu Dalam Talian” di bawah seliaan Pn Hafizah binti Osman dari Jabatan Perdagangan.  Saudara Wan Muhammad Hafiy bin Wan Shamsudin turut memenangi anugerah pembentang terbaik bagi kategori penyelidikan.

Bagi Anugerah Pembentang Terbaik Kategori Rekabentuk pula, ia dimenangi oleh Saudara Muhammad Zulfadhli Bin Mustapar dengan tajuk Design and Analysis Of Safety Shoes Insert Shell. Beliau merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di bawah seliaan En. Nor Hisyam bin Sulaiman.

Penganjuran Program Perkaya Inovasi ini juga membuktikan PMM menyahut seruan kerajaan dalam melakukan perubahan melalui inovasi secara menyeluruh seiring dengan transformasi negara menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi melalui aktiviti inovasi, serta dapat menerapkan nilai kreatif dan inovatif ke dalam diri pelajar-pelajar PMM.