Perkaya Inovasi ke 23

PERKAYA INOVASI KE 24  |  PERKAYA INOVASI KE 23  |  PERKAYA INOVASI KE 22  

KEPUTUSAN PERKAYA INOVAS PMM KE 23 :

1. ANUGERAH SAINS FIZIKAL TERBAIK
𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐈𝐳𝐳𝐚𝐝𝐢 𝐁𝐢𝐧 𝐙𝐮𝐥𝐤𝐚𝐫𝐧𝐚𝐢𝐧 ( 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐄𝐥𝐞𝐤𝐭𝐫𝐢𝐤)
Penyelia : 𝐄𝐧. 𝐒𝐚𝐡𝐫𝐮𝐝𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐚𝐝
Tajuk Projek : “𝐇𝐞𝐚𝐯𝐲 𝐃𝐮𝐭𝐲 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫 𝐒𝐲𝐬𝐭𝐞𝐦”
Projek ini juga turut memenangi Anugerah Projek Inovasi Terbaik.


2. ANUGERAH SAINS SOSIAL TERBAIK
𝐈𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐪𝐰𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐙𝐮𝐥𝐥𝐞𝐤𝐚 ( 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦)
Penyelia : 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐲𝐮 𝐖𝐢𝐫𝐝𝐚𝐰𝐚𝐭𝐢 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐏𝐨`𝐚
Tajuk Projek : 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐲 𝐨𝐟 𝐁𝐚𝐦𝐛𝐨𝐨 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐃𝐏𝐄 𝐈𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢𝐜𝐥𝐞 𝐁𝐨𝐚𝐫𝐝
Projek ini juga turut memenangi Anugerah Projek Penyelidikan Terbaik.

Untuk keputusan penuh disini >> Keputusan Perkaya Inovasi PMM  

PERKAYA INOVASI KE-23 MEDAN PARA PELAJAR PMM PAMER BAKAT, KREATIVITI DAN INOVASI

Memperkasa Dan Membudaya (PERKAYA) Inovasi Politeknik Merlimau adalah program yang dianjurkan 2 kali setahun oleh Unit Penyelidikan Inovasi dan Komersil dengan kerjasama jabatan-jabatan. PERKAYA Inovasi PMM ke-23 akan dijayakan oleh UPIK dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

 

PERKAYA Inovasi menjadi platform pertandingan inovasi pelajar PMM semester akhir megetengahkan idea, inovasi serta penyelidikan dan rekabentuk mereka dipertandingkan bagi mendapat gelaran anugerah projek terbaik mengikut kategori sains sosial atau sains fizikal.

 

Calon peserta PERKAYA Inovasi adalah daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Sebanyak 60 produk inovasi dipertandingan.

 

Panel juri adalah dalam kalangan mereka yang professional dalam bidang masing-masing dan turut melibatkan industri-industri bagi memberikan impak dan nilai yang tinggi terhadap hasil yang berjaya dipamerkan. Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang dibangunkan bagi menjadikan pengiktirafan yang diberikan adalah berkualiti dan ada nilai.

 

Kategori anugerah yang dipertandingkan dalam PERKAYA Inovasi ke-23 adalah;

1.    Anugerah 10 projek terbaik

2.    Anugerah Projek Rekabentuk Terbaik

3.    Anugerah Projek InovasiTerbaik

4.    Anugerah Projek Penyelidikan Terbaik

5.    Anugerah Sains Sosial Terbaik

6.    Anugerah Sains Fizikal Terbaik

7.    Poster Terbaik

8.    Kertas Seminar Terbaik