Perkaya Inovasi ke 25

KEPUTUSAN PERKAYA INOVASI PMM KE 25 :
1. ANUGERAH SAINS FIZIKAL TERBAIK
Ainul Mardhiah, Nur Farahida, dan Siti Farina Alya ( Jabatan Pelancongan & Hospitaliti)
Penyelia : Puan Mas Azlina binti Mohd Alias
Tajuk Projek : A Case Study at a Selected Hotel in Malacca On the Adoption of Medicated Soft Toys Made from Discarded Hotel Linen as Hotel New Room Amenities

2. ANUGERAH SAINS SOSIAL TERBAIK
Iman Nurafiqah, Alis Farhana, Nur Aliya dan Nurul Athirah (Jabatan Perdagangan)
Penyelia : Puan Hanim binti Paimin
Tajuk Projek : Kajian Keberkesanan Pembangunan Sistem Bookmy Discussion Room Perpustakaan Al-Khawarizmi Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau Melaka

𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐘𝐀 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄-𝟐𝟓 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐌𝐌 𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓, 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈

PERKAYA inovasi terus mengorak langkah dalam memperkasa dan membudayakan penyelidikan di Politeknik. PERKAYA inovasi kali ini mengetengahkan sebanyak 60 projek pelajar tahun akhir yang terdiri daripada 5 Jabatan Induk di PMM. Bagi edisi kali ini, Dua(2) Anugerah Utama dan beberapa anugerah lainnya turut dipertandingkan. 

Pemenang bagi Kategori Sains Fizikal Terbaik yang juga merangkap  pemenang bagi Anugerah Inovasi & Ciptaan terbaik dan Anugerah Pembentang terbaik telah dimenangi oleh Saudari Ainul Mardhiah, Nur Farahida, dan Siti Farina Alya daripada Jabatan Pelancongan & Hospitaliti dengan membawakan tajuk projek “A Case Study at a Selected Hotel in Malacca On the Adoption of Medicated Soft Toys Made from Discarded Hotel Linen as Hotel New Room Amenities” di bawah seliaan Puan Mas Azlina binti Mohd Alias.

Manakala bagi Kategori utama yang seterusnya ialah Anugerah Sains Sosial Terbaik yang juga membawa pulang Anugerah Projek Penyelidikan Terbaik dimenangi oleh projek “Kajian Keberkesanan Pembangunan Sistem Bookmy Discussion Room Perpustakaan Al-Khawarizmi Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau Melaka”, projek yang berjaya memikat hati juri ini telah dihasilkan oleh Saudari Iman Nurafiqah, Alis Farhana, Nur Aliya dan Nurul Athirah dari Jabatan Perdagangan di bawah seliaan Puan Hanim binti Paimin.

Penganjuran program PERKAYA inovasi ini juga membuktikan PMM menyahut seruan kerajaan dalam melakukan perubahan melalui inovasi secara menyeluruh seiring dengan transformasi negara menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi serta dapat menerapkan nilai kreatif dan inovatiF ke dalam diri pelajar-pelajar PMM. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang semoga kejayaan hari ini memberi semangat kepada para pelajar untuk terus maju kehadapan dan bagi mereka yang tidak berjaya teruskan usaha dan jadikan ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya.

Majlis Perasmian Penutupan PERKAYA INOVASI PMM kali ke-25 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐢𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐈𝐑. 𝐎𝐭𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐢𝐦, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐏𝐌𝐌